PEMBANGUNAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK PROGRAM LALUAN PANTAS: TINJAUAN LITERATUR DALAM KONTEKS MALAYSIA
Keywords:
Modul, Bahasa Arab, Laluan Pantas, Bukan Penutur JatiAbstract
Kertas kerja ini bertujuan mengemukakan tinjauan awal berkaitan teori dan model pedagogi dan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dengan memberi penumpuan kepada kajian lepas berkaitan kerangka dan keperluan pembinaan modul bahasa Arab. Kertas kerja ini mengemukakan teori-teori pedagogi dan pendekatan serta keperluan modul dan buku bahasa Arab terdahulu serta mengenal pasti modul bahasa Arab sedia ada. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kepustakaan. Data kajian lepas dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik. Oleh yang demikian, kajian ini tertumpu kepada tinjauan awal keperluan dan kerangka pembinaan modul bahasa Arab dengan tujuan untuk meningkatkan kemampuan dan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar program laluan pantas. Modul bahasa Arab yang hendak dibina seharusnya mesra dengan penutur bukan jati dan sesuai digunakan bagi pelajar sekolah menengah khususnya pelajar yang berada pada program laluan pantas. Justeru, hasil kajian ini dijangka akan menjadi panduan dan rujukan dalam membina sebuah modul bahasa Arab yang lebih praktikal untuk digunakan oleh para pelajar program laluan pantas memandangkan belum ada lagi modul khusus untuk kegunaan para pelajar ini. Modul bahasa Arab program laluan pantas diharapkan dapat membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan serta membantu meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekaligus dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif, interaktif dan menyeluruh.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Fadzil, N. A., Wan Shahrudin, W. S., Abdul Gani, M. Z., & Md Rofiee, M. (2024). PEMBANGUNAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK PROGRAM LALUAN PANTAS: TINJAUAN LITERATUR DALAM KONTEKS MALAYSIA. Jurnal Kesidang, 9(1), 158-167. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/1853