KELAINAN TERJEMAHAN DALAM TERJEMAHAN TEKS BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU

Authors

  • Nur Munirah Mohamed Aziz
  • Rohaidah Kamaruddin

Keywords:

Terjemahan, kelainan, kaedah, bahasa Melayu, bahasa Inggeris

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kelainan terjemahan dalam terjemahan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Kajian ini mengandungi dua objektif utama iaitu untuk mengenal pasti jenis kelainan terjemahan dan membincangkan kaedah-kaedah terjemahan yang digunakan dalam terjemahan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dan kaedah kepustakaan. Sampel kajian in terdiri daripada 15 orang responden yang mengambi minor Terjemahan dan Interpretasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Keputusan kajian menunjukkan bahawa hasil terjemahan bahasa sasaran setiap responden adalah berlainan antara satu sama lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa, penggunaan kaedah terjemahan yang berlainan turut menghasilkan maksud yang berbeza. Justeru pengkaji telah menyimpulkan bahawa setiap perkataan daripada bahasa sumber mempunyai padanan terjemahan yang berlainan dalam bahasa sasaran berdasarkan kepada pengguna atau orang yang menterjemahkannya.

Downloads

Published

2019-01-03