KONSEP MAKNA DAN JENISNYA

Authors

  • Mat Taib Pa

Keywords:

Komponen Makna, Konteks, Kolokasi, Medan Makna, makna tersurat, makna tersirat, makna majazi dan makna kinayah

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai konsep makna mengikut pandangan sarjana barat yang telah membincangkannya secara khusus melalui teori-teori tertentu. Teori makna yang dibincangkan ialah Komponen Makna, Kolokasi, Konteks dan Medan Makna. Perbincangan mengenai teori-teori tersebut disusuli dengan sentuhannya oleh sarjana Arab. Artikel ini mendapati bahawa teori- teori tersebut telah disentuh oleh sarjana Arab tanpa menjadikannya sebagai satu teori khas yang dinisbahkan kepada mereka. Artikel ini juga membincangkan mengenai jenis-jenis makna terutamanya mengikut sarjana moden dan seterusnya membuat klasifikasi tersendiri terhadapnya dengan mengambil kira kedudukannya dalam disiplin ilmu balaghah Arab. Jenis makna tersebut ialah makna tersurat, makna tersirat, makna majazi dan makna kinayah.

Downloads

Published

2016-08-20