UNSUR HUMOR DALAM RANCANGAN TELEVISYEN POPULAR
Keywords:
humor, isu kontemporari, penyampaian mesej, rancangan televisyen, pembelajaranAbstract
Makalah ini membincangkan kesan dan pengaruh masyarakat terhadap rancangan televisyen popular, Maharajalawak Mega 2014. Rancangan ini mengandungi unsur humor, isu kontemporari, pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan kepada khalayak. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan unsur humor dalam rancangan Maharajalawak Mega 2014 dan melihat mesej yang disampaikan walaupun dalam bentuk humor dengan penerapan Teori Pembelajaran (Albert Bandura, 1986). Perkara yang ditekankan dalam kajian ini ialah di samping masyarakat berhibur menonton rancangan televisyen, masyarakat juga memperoleh manfaat daripada rancangan tersebut. Cara pengumpulan data ialah dengan melihat dan mengumpul unsur nasihat dari rakaman rancangan Maharajalawak Mega 2014. Data dianalisis dalam bentuk teks bagi memudahkan penghuraian data. Dapatan kajian mendapati terdapat unsur nasihat dan mesej tertentu dalam setiap penyampaian peserta rancangan tersebut.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohd A Rashid, S. norsyahida, & Rosly, N. S. (2016). UNSUR HUMOR DALAM RANCANGAN TELEVISYEN POPULAR. Jurnal Kesidang, 1(1), 154-172. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/120