AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK
Keywords:
Psikomotor, Pembelajaran, Perkembangan, Guru TadikaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam usaha memperkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak di tadika swasta. Reka bentuk kajian yang dijalankan melibatkan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik dalam bentuk "google form". Soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A mengenai demografi responden, bahagian B berkaitan tahap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan guru bagi perkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak. Pemilihan responden kajian dilakukan secara sampel rawak mudah melibatkan 113 orang guru tadika swasta di daerah Petaling, Selangor. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif melibatkan nilai kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan guru tadika dalam melaksanakan pembelajaran menggunakan tunjang fizikal dan estetika adalah tinggi. Maka, untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak adalah dengan meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui bahan bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, setiap guru hendaklah memahami peranan dan tanggungjawab tersendiri kerana peranan dan tanggungjawab guru memberi impak yang besar dan mendalam kepada setiap kanak-kanak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Musa, M., Arissa Samsi, S. A., Rahmathullah, N. S., Ibrahim, S. N. N., & Haji Ismail, F. (2024). AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK. Jurnal Kesidang, 9(1), 11-20. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/1760