KOSA KATA INDO-EROPAH, SEMITIK, SINO-TIBET DAN DARVIDIEN DALAM INTERNASIONALISASI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA UTAMA DUNIA DI ALAM MALAYNESIA
Keywords:
Indo-Eropah, Semitik, Sino-Tibet, Darvidien, Internasionalisasi, Leksis, Bahasa Melayu, Alam Malaynesia.Abstract
Kertas kerja ini mengkaji internasionalisasi leksis bahasa Melayu dengan melihat sejarah kemasukan leksis non-Austronesia seperti Sanskrit, Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris daripada keluarga Indo-Eropah, penyerapan leksis Arab daripada keluarga bahasa Semitik, peminjaman leksis Cina yang berada dalam cabang keluarga Sino-Tibet dan leksis Tamil daripada keluarga bahasa Darvidien yang diguna pakai sebagai leksis Melayu di alam Malaynesia. Alam Malaynesia dikenali sebagai alam Melayu atau alam Nusantara. Secara tuntas, bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca bagi penghuni kepulauan Malaynesia sejak berzaman. Hebatnya, ia dapat berasimilasi dengan beberapa perbendaharaan kata dari keluarga bahasa non-Austronesia. Oleh itu, bahasa Melayu tergolong ke dalam salah satu bahasa yang bersifat fleksibel. Kajian ini akan menyenaraikan beberapa leksis bukan Austronesia yang diserapkan sebagai leksis Melayu dengan membandingkan perubahan bunyi yang telah diubah suai mengikut sebutan bahasa Melayu dan secara tidak langsung ianya memperlihatkan unsur internasionalisasi leksis tersebut ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan rujukan buku teks, dokumentasi berkaitan serta rujukan pelbagai bahan bertulis dari pelbagai sumber.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-01-03
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abdullah, M. N. A., & Abdullah, M. Y. (2019). KOSA KATA INDO-EROPAH, SEMITIK, SINO-TIBET DAN DARVIDIEN DALAM INTERNASIONALISASI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA UTAMA DUNIA DI ALAM MALAYNESIA. Jurnal Kesidang, 3(1), 23-32. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/308