SUMBANG MAHRAM (INSES): SATU PERBANDINGAN ANTARA UNDANGUNDANG JENAYAH ISLAM DAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA
Keywords:
sumbang mahram, jenayah syariah, jenayah sivil, perbandinganAbstract
“Harapkan pegar, pegar makan padi” merupakan pepatah yang bersesuaian dengan perbuatan sumbang mahram yag berlaku dewasa ini. Perlakuan sumbang mahram adalah satu perbuatan zina antara sesama mahram di mana perbuatan ini amat terkutuk serta dipandang keji oleh masayarakat Islam dan juga mana-mana doktrin agama yang lain di dunia. Di dalam surah anNisa’ ayat 23, Allah SWT telah menerangkan dengan jelas berkaitan orang yang haram untuk dikahwini antaranya ibu, bapa, mertua lelaki atau mertua perempuan, anak-anak perempuan atau lelaki yang lahir dari rahim isteri atau menyusu dari susu badan isteri, adik beradik susuan, adik-beradik perempuan atau adik-beradik lelaki sebapa atau seibu, adik beradik bapa, adikberadik ibu, ibu atau bapa kepada ibu bapa,dan anak-anak saudara perempuan atau lelaki. Hal ini kerana perbuatan sumbang mahram ini dilakukan oleh seorang yang mempunyai pertalian darah atau nasab dengan mangsa atau hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan di mana perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi agama, undangundang dan adat resam sesuatu budaya tersebut terutamanya di Malaysia. Justeru itu, artikel ini, akan membincangkan mengenai perbandingan sumbang mahram atau Inses dari sudut Undang-Undang Jenayah Islam dan juga Undang-Undang Jenayah di Malaysia. Artikel ini menggunakan metod kualitattif di mana menggunakan kajian kes yang terdahulu, perpustakaan, artikel-artikel ilmiah, jurnal dan lain-lain lagi bagi merealisasikan penulisan artikel ini. Selain itu juga, artikel ini akan merumuskan bahawasanya, kedua-dua jenis UndangUndang Jenayah sama ada Islam ataupun sivil masing-masing memainkan peranan yang sangat penting di dalam menolak kepada perbuatan sumbang mahram.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-05-28
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Law and Governance is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Journal of Law and Governance. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohd Zin, N., & Kambol, R. (2024). SUMBANG MAHRAM (INSES): SATU PERBANDINGAN ANTARA UNDANGUNDANG JENAYAH ISLAM DAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA. Journal of Law and Governance, 5(1), 16-29. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JLG/article/view/1656