INKUES KEMATIAN KANAK-KANAK DALAM JAGAAN: PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT

Authors

  • Nurul Sharmin Ahmad Zahari Universiti Melaka
  • Muhamad Helmi Md Said Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

inkues, kematian, punca, kanak-kanak, jenayah, mati dalam jagaan, siasatan kematian

Abstract

Artikel ini bertujuan menjelaskan tatacara siasatan kematian kanak-kanak yang mati sewaktu dalam jagaan, siapakah yang terlibat serta peranan pihak-pihak yang terlibat sewaktu siasatan dijalankan. Artikel ini juga akan mengupas aspek prosidur yang terkandung dalam Seksyen 334 Kanun Acara Jenayah (Akta 593) serta Arahan Amalan KHN Bil. 2 Tahun 2019 dan perbandingan akan dibuat ke atas tatacara siasatan kematian kanak-kanak yang mati dalam jagaan di Amerika Syarikat. Seterusnya, artikel ini akan turut mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam siasatan kematian di negara Malaysia dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan kepada tatacara amalan yang sedia ada. Kajian ini dihasilkan dengan menganalisis pelbagai teks seperti kes-kes, statut, jurnal, dan buku-buku.

Downloads

Published

2024-05-28