JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF GLOBAL DAN ISLAM

Authors

  • Nur Rabiatuladawiyah Abdul Rahman Universiti Melaka

Keywords:

Pemerdagangan manusia, eksploitasi, penyeludupan manusia, hamba, Malaysia

Abstract

Isu pemerdagangan manusia telah menjadi isu yang hangat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun hakikatnya fenomena ini telah pun wujud sejak berkurun lamanya. Berbilion-bilion dolar keuntungan yang sedang dibuat dengan mengorbankan berjuta-juta mangsa penyeludupan manusia. Lelaki dan perempuan yang harus berada di sekolah telah dipaksa menjadi askar, melakukan kerja keras atau dijual untuk seks. Wanita dan gadis sedang diperdagangkan untuk eksploitasi, dipaksa menjadi buruh pelacuran domestik atau perkahwinan. Manakala lelaki pula, yang terperangkap dengan hutang, menjadi hamba di lombong, ladang dan sebagainya. Artikel ini membincangkan berkaitan isu pemerdagangan manusia di Malaysia dan pandangan dari perspektif Islam berdasarkan pendekatan analisis kandungan ke atas sumber laporan kerajaan, jurnal ilmiah dan akhbar berkaitan. Artikel ini diharap dapat memberi pemahaman terhadap isu pemerdagangan manusia yang mutakhir serta melihat isu berkaitan dari sudut perspektif Islam.

Downloads

Published

2024-05-28