KEKANGAN PERMASALAHAN TADBIR URUS DALAM MEMANTAPKAN INSTITUSI WAKAF: SOROTAN LITERATUR

Authors

  • Shahrina Romli Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Tadbir urus wakaf, pemantapan, permasalahan.

Abstract

Tadbir urus yang baik merupakan aspek yang penting dalam pentadbiran wakaf kerana dapat  memperkukuhkan keyakinan masyarakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk lebih banyak berwakaf. kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji  permasalahan tadbir urus wakaf. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif dengan merujuk kepada artikel dan kajian-kajian terdahulu. Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat beberapa permasalahan yang timbul menyebabkan institusi wakaf tidak dapat ditadbir uruskan dengan baik iaitu wujudnya kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran di mana terdapatnya kekurangan prasarana dan sumber manusia. Berlakunya ketidakseragaman fungsi MAIN di setiap negeri dan ketiadaan model urustadbir wakaf yang khusus sebagai panduan untuk membangunkan harta wakaf.

Downloads

Published

2018-12-12