ANALISA PENGURUSAN PUSAKA BERWASIAT DAN PUSAKA TIDAK BERWASIAT DALAM PERANCANGAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA

Authors

  • Shahrina Romli Universiti Melaka

Keywords:

Pengurusan, harta pusaka berwasiat, harta pusaka tidak berwasiat.

Abstract

Perancangan harta pusaka amatlah dititkberatkan bagi mengembangkan harta pada waris-waris yang akan datang. Agama Islam amat menggalakkan umatnya agar membuat perancangan terhadap harta kekayaan yang menjadi milik mereka. Pengurusan dan perancangan yang baik dan telus akan membawa keberkatan kepada harta dan pemilik, diri, keluarga dan Masyarakat. Kertas kerja ini akan menganalisa perbincangan berkaitan pengurusan harta pusaka berwasiat dan pusaka tidak berwasiat. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kajian perpustakaan dengan mengkaji pelbagai rujukan daripada artikel, jurnal, dokumentasi dan lain-lain. Dapatan hasil kajian memperlihatkan bahawa terdapat perbezaan dan persamaan antara pengurusan harta pusaka berwasiat dan harta pusaka tidak berwasiat yang mana perbezaan dan persamaan tersebut sangat memberikan kepentingan dalam membuat perancangan harta pusaka.

Downloads

Published

2024-05-21