ANALISIS CABARAN PEGAWAI SULH DALAM MENGENDALIKAN KES TUNTUTAN NAFKAH ANAK DI MAHKAMAH SYARIAH

Authors

  • Fathin Shahirah Abd Rahim Universiti Melaka
  • Mohd Hatim Zuhdi Abd Rahim Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Keywords:

Tuntutan nafkah anak, Majlis Sulh, Mahkamah Syariah

Abstract

Terdapat banyak kes berkaitan tuntutan nafkah anak didaftarkan di Mahkamah Syariah dan kadangkala kes ini mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Justeru, kes seperti ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah sulh di Mahkamah Syariah sebagai jalan alternatif bagi menyelesaikan pertikaian tuntutan antara pihak yang terlibat sekaligus dapat menjimatkan masa dan kos. Kajian ini membincangkan tentang peruntukan undang-undang dalam kes yang melibatkan tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pegawai sulh dalam mengendalikan kes nafkah anak di Mahkamah Syariah. Metode yang digunakan ialah analisis kandungan yang dikumpul melalui enakmen, peraturan dan kajian kepustakaan. Kajian mendapati bahawa kebanyakan kes berjaya diselesaikan melalui Majlis Sulh serta dapat mencapai matlamat kepada persetujuan bersama. Di samping itu, kajian mendapati antara faktor yang menyebabkan kegagalan kepada kes tuntutan nafkah anak adalah kerana pihak-pihak gagal memberi kerjasama seperti tidak hadir ke mahkamah secara konsisten dan sebagainya.

Downloads

Published

2024-05-24