ANALISA FAKTOR PERMASALAHAN MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

Authors

  • Shahrina Romli Universiti Melaka
  • Mat Noor Mat Zain Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Zamro Muda Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Lizza Mohamed Said Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Faktor, Permasalahan, pembangunan, tanah wakaf.

Abstract

Pembangunan tanah wakaf merupakan satu elemen yang terkandung dalam aspek pengurusan wakaf. Keadaan ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh diabaikan. Di Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal bagi harta wakaf. Justeru, dalam memastikan pembangunan tanah wakaf ini dilaksanakan secara baik dan efektif, kertas kerja ini akan membincangkan dan mengkaji faktor-faktor permasalahan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kajian perpustakaan dengan mengkaji pelbagai rujukan daripada artikel, jurnal, dokumentasi dan lain-lain. Dapatan hasil kajian memperlihatkan bahawa terdapat beberapa faktor atau kekangan permasalahan menyebabkan tanah wakaf tidak dapat dibangunkan dengan cemerlang yang menyebabkan tanah wakaf tersebut akhirnya terbiar dan mendatangkan kerugian akibat tidak dapat dibangunkan oleh pihak-pihak baik daripada kerajaan mahupun institusi wakaf.

Downloads

Published

2024-05-28