KERELEVANAN FAKTA MENURUT UNDANG-UNDANG KETERANGAN DI MAHKAMAH SYARIAH
Keywords:
Kerelevanan, Fakta, Qarinah, Undang-undang Keterangan, Mahkamah Syariah.Abstract
Bagi memastikan konsep kerelevanan dipatuhi, maka undang-undang keterangan Mahkamah Syariah membenarkan dua bentuk fakta sahaja yang boleh dikemukakan di mahkamah iaitu fakta persoalan dan qarinah. Isu dan permasalahan timbul apabila terdapat pihak-pihak khususnya yang terlibat secara langsung dalam industri perundangan yang keliru berkaitan konsep kerelevanan fakta ini. Hal ini disebabkan dengan penggunaan istilah qarinah dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang diterima sebagai sama dengan fakta berkaitan dalam Akta Keterangan 1950. Secara tidak langsung, qarinah di Mahkamah Syariah telah diiktiraf sebagai fakta dan keterangan. Justeru itu, objektif artikel ini adalah untuk meneliti konsep kerelevanan fakta-fakta di Mahkamah Syariah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang. Metode penulisan ini akan menggunakan pendekatan deskriptif serta membuat analisa kandungan dengan meneliti peruntukan undang-undang yang berkaitan, artikel-artikel serta kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa “lakuna” dan kekangan dari aspek pemahaman dan pemakaian terhadap kerelevanan fakta-fakta di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, antara cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah mengekalkan istilah fakta berkaitan dalam peruntukan undang-undang keterangan Mahkamah Syariah tanpa menggantikannya dengan istilah qarinah seperti pengamalan sekarang.Downloads
Download data is not yet available.
Published
2024-05-28
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Law and Governance is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Journal of Law and Governance. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Nasri, M. S., & Md Noor, R. (2024). KERELEVANAN FAKTA MENURUT UNDANG-UNDANG KETERANGAN DI MAHKAMAH SYARIAH. Journal of Law and Governance, 5(1), 101-110. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JLG/article/view/1663