PERTIMBANGAN MAHKAMAH BAGI SOLUSI PERTIKAIAN PENJAGAAN ANAK DALAM KES PEMELUKAN AGAMA ISLAM: SATU TINJAUAN PERUNDANGAN
Keywords:
Hak penjagaan, penjagaan anak, perceraian, pemelukan agama Islam, mahkamahAbstract
Hak penjagaan anak merupakan salah satu perkara yang sering menjadi pertikaian di antara suami dan isteri yang berpisah selain daripada nafkah dan harta perkahwinan. Ia merupakan keputusan penting yang harus diputuskan kerana perceraian bukan hanya memberi kesan kepada pasangan terbabit malahan turut melibatkan kesejahteraan dan kebajikan anak. Bagi pasangan yang bercerai atas alasan pemelukan agama Islam, masalah yang timbul akan berpanjangan kepada penentuan agama anak-anak hasil perkahwinan tersebut. Mahkamah dalam menyelesaikan isu ini perlu membuat pertimbangan yang teliti dan adil. Penulisan ini bertujuan untuk merungkai faktor-faktor yang menjadi pertimbangan semasa mahkamah dalam menyelesaikan pertikaian berkaitan hak penjagaan anak khususnya dalam kes perceraian kerana salah satu pihak dalam perkahwinan memeluk Islam. Penulisan ini juga turut menganalisis kes-kes perceraian sivil semasa bagi melihat kecenderungan mahkamah dalam menentukan hak penjagaan anak selepas perceraian. Penulisan ini dihasilkan dengan menganalisis pelbagai teks seperti kes-kes, jurnal, laporan dan juga temubual bersama hakim mahkamah. Berdasarkan penulisan ini, kepentingan dan kebajikan anak merupakan keutamaan namun terdapat juga beberapa aspek lain yang perlu menjadi asas pertimbangan mahkamah dalam memastikan kesejahteraan keluarga dan masyarakat.References
Arifin Abdullah & Siti Nursyafiqah Binti Ismail. (2018). Faktor-Faktor Gugurnya Hadhanah Kepada Ibu (Analisis Enakmen Keluarga Islam Pulau Pinang No.5 Tahun 2004 Ditinjau Menurut Kajian Fiqh). Jurnal ar-raniry. Vol. 1(1). hlm: 75-91.
Azlan Shah Nabees Khan & Mohd Al-Adib Samuri. (2022). Unilateral Conversion of Minors To Islam Legal Discourse And Muslim Converts’ Narrative On Custody And Religious Rights In Malaysia. Kajian Malaysia. Vol 40(1). hlm: 59-81.
Faiz Adnan. (2018). Status Agama Anak Bawah Umur & Hak Hadhanah Apabila Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam: Adakah Islam Atau Kekal Dengan Agama Ibu Bapa Ketika Berkahwin?. https://peguamsyariefas.com.my/status-agama-anak-bawah-umur/
Izwan Roslin. (28 Mei 2023). Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam. Sinar Harian
Khairun Nisa Binti Md Isa & Kamariah Abu Bakar. (2021). Hubungan Antara Emosi Ibu Bapa Dengan Kanak-Kanak Dan Kepentingannya Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak. Malaysian Journal Of Science And Humanities. Vol 6(7). hlm: 258-266.
Louisa Chang. (2016). Understanding Child Custody & Guardianship Of Infants In Malaysia. Alexchanglaw.com. (6 September 2016)
Mohamed Aidil, Mohamed Azam & Rafeah Saidon. (2017). Kesan Pertukaran Agama Ibu Bapa Terhadap Status Agama Anak. ICR Journal. Vol 8 (3). hlm: 400-419.
Mohd Taufik Mohd Tasrip & Narizan Abdul Rahman. (2016). Pertukaran Agama Islam Seorang Ibu Bapa Bukan Islam Di Malaysia Serta Implikasinya Kepada Kebajikan Kanak-Kanak. Journal Of Shariah Law Research. Vol 1(1). hlm: 89-104.
Mohd Zulfiqri Bin Zakaria. (2024). Faktor-Faktor Penentuan Hak Penjagaan Anak Dalam Kes Pemelukan Agama Islam Menurut Perundangan di Malaysia. Melaka. Temu bual, 12 Januari 2024.
Najibah Mohd Zain, Hidayati Mohamed Jani, Abdul Ghafar Hamid & Nora Abdul Hak. (2019). Jurisdictional Conflict In Interfaith Child Custody Disputes: A Legal Discourse In Malaysia Courts. Journal of Islamic Thought And Civilization of The International Islamic University Malaysia. Vol 24(1). hlm: 1-24.
Nor’asyikin Binti Hamzah (2018). Pelaksanaan Peruntukan Perlindungan Dan Kebajikan Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia: Kajian Dari Perspektif Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989. (Thesis Ph. D). Universiti Malaya.
Norliah Ibrahim, Najibah Mohd Zin, Nora Abdul Hak, Roslina Che Soh, Normi Abdul Malek & Mohd Hisham Mohd Kamal. (2024). Family Law Non-Muslim in Malaysia. Selangor: International Islamic University Malaysia
Nur Sharina Shereen Hasmuri & Mohd Norhusairi Mat Hussain. (2022). Penentuan Hak Hadhanah Anak Terhadap Pasangan Berlainan Agama: Kajian Terhadap Kes-Kes Dalam Jurnal Hukum. Journal of Shariah Law Research. Vol 7 (1). hlm: 129-146.
Nur Zulfah Binti Md Abdul Salam. (2019). Kebajikan Anak Dalam Kes Hadhanah Di Mahkamah Syariah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 6(2).hlm: 71-83.
Nur Zulfah Md Abdul Salam. (2018). Asas Pertimbangan Dalam Penghakiman Hadhanah: Analisis Terhadap Kes-Kes Di Mahkamah Syariah. 4th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference. hlm: 47-61.
Prof Madya Dato’ Dr Mohamed Azam Mohamed Adil. (2022). Kemelut Pemelukan Agama Islam Kanak-Kanak Pasangan Berlainan Agama.
Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil. (18 Februari 2016). Kemelut Hak Jagaan Anak Pasangan Lain Agama. Utusan Malaysia
Redwan Yasin, Noor Aziah Mohd Awal & Nurhafilah Musa. (2021). Hak Pemeliharaan Anak Bagi Mualaf: Konflik Undang-Undang Di Malaysia. Kanun: Undang-Undang Malaysia. Vol. 33(1). hlm: 51-78.
Rokiah Kadir, Raihanah Abdullah & Sa’iek Mokhlis. (2021). Understanding Why Mothers Can Lose Child Custody In Malaysia. UUM Journal of Legal Studies. hlm: 1-25.
Shamsuddin bin Hussain. (2024). Faktor-Faktor Penentuan Hak Penjagaan Anak Dalam Kes Pemelukan Agama Islam Menurut Perundangan di Malaysia. Wilayah Persekutuan. Temu bual, 19 Januari 2024.
Zuliza Mohd Kurin & Nur Hidayah Muhammad Hashim. (2016). Pemelukan Islam Pasangan Perkahwinan Sivil: Isu Berbangkit Dan Cadangan Penambahbaikan Menurut Undang-Undang Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia. Vol 28. hlm: 16-42.
STATUT
Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961
Perlembagaan Persekutuan
KES-KES
Amar Kaur Ram Singh v Najar Singh Sagar Singh [1992] 2 CLJ 807
Chan Eng Lim v Camille Yap & Other Cases [2013] 1 LNS 861
Chang Ah May @ Chong Chaw Peng v Francis Teh Thian Sar [1991] 2 CLJ
Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors [2013] 7 CLJ 82
Karen Young v Ng Tia Ching [2018] MLJ 377
Leong Sam Moy v Low Chee Thiam [1997] 2 CLJ Supp 212
Patricia Sue Lin Knudsen v Joey James Ghazlan [2021] MLJU 836
Permohonan Ex Parte Zaimas Binti Ibrahim JH 10 (2) 204
Shamala Santhiyaseelan v Dr Jeyaganesh C Mogarajah & Anor [2004] 2 MLJ 24
Tan Siew Kee v Chua Ah Boey [1988] 3 MLJ 20
Yong May Inn v Sia Kuan Seng [1971] 1 MLJ 280