TAKAFUL SEMULA DALAM INDUSTRI INSURANS: TINJAUAN KHUSUS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG
Keywords:
takaful semula, insurans semula, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.Abstract
Takaful semula (retakaful) merupakan satu prosedur atau mekanisme melalui perjanjian yang membolehkan pengendali takaful langsung yang dipanggil ‘cedant’ memindahkan atau menyerahkan sebahagian daripada risiko yang ditanggung kepada pengendali takaful atau pengendali takaful semula yang lain. Namun, tidak semua takaful semula yang dilakukan oleh syarikat takaful dijalankan dalam industri takaful juga memandangkan kekurangan dana atau modal sesebuah syarikat takaful semula tersebut (yang berteraskan Islam). Justeru, sebagai alternatifnya perkhidmatan takaful semula dalam industri insurans digunakan (insurans konvensional) bagi menampung kekurangan yang wujud dalam syarikat takaful semula. Maka artikal ini akan memfokuskan kepada modus operandi, hukum dan justifikasi takaful semula dalam industri insurans. Analisis dilakukan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) dan meneliti beberapa peruntukan akta yang berkaitan serta melihat kepada justifikasi badan yang berautoriti seperti resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Hasil dapatan menunjukkan tahap kebergantungan dan keperluan syarikat takaful terhadap industri insurans di Malaysia pada masa kini masih diperlukan. Maka, atas dasar darurah dan maslahah, majoriti ulama dan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia mengharuskan takaful semula dilakukan dalam industri insurans dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2018-12-12
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Law and Governance is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Journal of Law and Governance. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Nasri, M. S. (2018). TAKAFUL SEMULA DALAM INDUSTRI INSURANS: TINJAUAN KHUSUS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG. Journal of Law and Governance, 1(1), 49-61. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JLG/article/view/265