KONTRAK ELEKTRONIK: ISU DAN PENYELESAIAN UNDANG-UNDANG
Keywords:
Kontrak elektronik, undang-undang Malaysia, isu-isu perundanganAbstract
Transaksi perdagangan elektronik berkembang dengan pesat di mana saja di dunia termasuk Malaysia. Setiap hari kontrak elektronik terbentuk dalam pelbagai urusan khususnya jual beli barangan dan perkhidmatan. Kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini menyebabkan transaksi secara elektronik semakin mencabar dan kompleks. Isu-isu perundangan sering timbul bermula daripada proses pembentukan kontrak sehinggalah kepada penguatkuasaan kontrak secara elektronik. Penulisan ini bertujuan memberi kefahaman secara jelas berkaitan isu-isu perundangan yang timbul dalam transaksi kontrak secara elektronik dan meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang terpakai bagi menguatkuasakan transaksi kontrak secara elektronik di negara ini. Selain itu, artikel ini juga turut mengenalpasti penyelesaian kepada isuisu berkaitan transaksi kontrak secara elektronik berdasarkan peruntukan undang-undang dan keputusan kehakiman semasa daripada beberapa buah negara seperti United Kingdom dan India. Kajian ini dihasilkan dengan menganalisis beberapa peruntukan undang-undang di Malaysia dan kes-kes yang telah diputuskan berdasarkan perundangan semasa. Secara umumnya, melalui analisis yang dibuat, pelaksanaan dan penguatkuasaan kontrak secara elektronik akan lebih berkesan dengan kewujudan beberapa penyelesaian yang telah dicadangkan dalam artikel ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2018-12-12
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Law and Governance is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Journal of Law and Governance. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abdul Manap, M. (2018). KONTRAK ELEKTRONIK: ISU DAN PENYELESAIAN UNDANG-UNDANG. Journal of Law and Governance, 1(1), 62-76. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JLG/article/view/266