TELAAH RINGKAS SYARAHAN HADITH AL-BUKHARI OLEH MUHAMMAD ASAD

Authors

  • Ahmad Nabil Amir International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM)
  • Tasnim Abdul Rahman Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu Malaysia

Keywords:

Muhammad Asad, Hadits, Sahih al-Bukhari, Komentar

Abstract

Makalah ini membincangkan karya Muhammad Asad (1990-1992) Sahih al-Bukhari The Early Years of Islam; yang diterbit pertama kali pada 1935 oleh Arafat Publications, Srinagar, Kashmir dan cetakan kedua pada 1981 oleh Dar Al-Andalus, Gibraltar. Kitab ini merupakan terjemahan dan komentar ke atas Sahih al-Bukhari, yang memuatkan syarah dan kritik hadith yang tuntas dan mengesankan terhadap riwayat-riwayat sahih, meninjau latar belakang para perawi, lafaz dan konteks periwayatannya. Kajian ini cuba melihat pengaruhnya dalam pemahaman teks-teks hadith klasik, serta falsafah dan nilai-nilai rasional dan spiritual yang cuba dikembangkannya dalam konteks sejarah yang moden. Ia mengenengahkan garis pemikiran yang dirumuskan Asad tentang pemandangan hadith klasik dan membandingkannya dengan tinjauan ahli hadith semasa yang lain. Rekabentuk kajian adalah bercorak deskriptif, analitis, historis dan komparatif. Pendapatan kajian merumuskan Asad telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam penelitian hadith dalam menggariskan metode dan pemahaman dasar tentang prinsip dan falsafah hadith yang rasional dan kontekstual. Ia memberikan asas yang kuat dalam pengembangan prinsip dan kerangka syarah yang kritis, yang memuatkan komentar dan tinjauan sejarah yang mendalam tentang Kitab Sahih. Karyanya berupaya merumuskan percanggahan hukum dan istinbat para fuqaha dan muhaddith dalam pembahasan hadis dan turut menjawab pertentangan asas yang berbangkit terhadap riwayat-riwayat hadith yang dipertikaikan.

Author Biographies

  • Ahmad Nabil Amir, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM)

    International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), Kuala Lumpur Malaysia

  • Tasnim Abdul Rahman, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu Malaysia

    Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu Malaysia

References

Arshad, Muhammad. (2016). Muhammad Asad: Twenty-Six Unpublished Letters. Islamic Sciences 14 (1): 25-66.

Arshad, Muhammad. (2017). A Life in Letters: Muhammad Asad and Pola Hamida Asad to Muhammad Husain Babri. Part 1: Sixty-Eight Letters (1937-1963). Islamic Sciences 15 (1): 3-71.

Asad, Muhammad. (1935). Sahih al-Bukhari: Translated from the Arabic with Explanatory Notes and Index (Volume I – Part I). Srinagar. Kashmir: The Arafat Publications.

Asad, Muhammad. (1981). Sahih al-Bukhari: The Early Years of Islam. Gibraltar: Dar al-Andalus.

Asad, Muhammad. (1985). Sebuah Kajian tentang Sistem Pemerintahan Islam. Afif Mohammad (tr.), Ammar Haryono (ed.). Terj. Minhaj al-Islam fi al-Hukm. Jakarta: Pustaka Mizan.

Asad, Muhammad. (2004). The Unromantic Orient. Elma Ruth Harder (tr.). Canada: Al-Qalam Publishing.

Asad, Muhammad & Asad, Pola Hamida. (2012). Homecoming of the heart, suntingan dan anotasi oleh M. Ikram Chaghatai. Lahore: The Truth Society.

Asad, Muhammad. (2013). Sahih al-Bukhari: The Early Years of Islam. Petaling Jaya: Islamic Book Trust.

Ghassan Abdul-Jabbar. (2007). Bukhari. London, New York: I.B.

Iqbal, Muzaffar. (2016). The Making of a Freethinker of Islam. Muhammad Asad: The Pakistan Years (Part I). Islamic Sciences 14 (1): 3-24.

Linnhoff, Josef. (2021). A Modern-Day Zahiri? The Legal Thought of Muhammad Asad. The Muslim World 111 (3): 425-443.

Mustafeez Ahmad Alvi, Altaf Ahmed. (2021). A Critical Study of the Early Years of Islam by Leopold Weiss (Muhammad Asad). The Scholar-Islamic Academic Research Journal 7(2): 78- 100.

Robbins, Kenneth X. (Ed.). (2022). Four People of the Book: From Foreign Jewish Roots to South Asian Islamic Roles (Volume 1). Maryland: Kenneth X. and Joyce Robbins Collection.

Downloads

Published

2023-12-08