HUBUNGAN ANTARA PENGHAYATAN AGAMA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH SUKAN
Keywords:
penghayatan agama, kesejahteraan psikologi, pelajar, sukan, jantinaAbstract
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji Hubungan Penghayatan Agama dan Kesejahteraan Psikologi Pelajar Sekolah Sukan Negeri Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Jalan Air Leleh, Melaka.Agama merupakan faktor yang penting di dalam kehidupan setiap manusia.Penghayatan agama mampu membentuk dan mempertingkat nilai insan dengan meraikan segala unsur yang ada padanya dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual. Seramai 50 orang pelajar tingkatan empat terlibat dalam kajian ini. Dua alat ujian telah digunakan iaitu Inventory Internal Religiousityuntuk mengukur penghayatan agama, manakala alat ujian Ryff Scales of Psychological Well Being (RPWB) digunakan bagi mengukur kesejahteraan psikologi pelajar. . Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif dan inferensi melibatkan kajian korelasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 20.0 for windows.Dapatan Kajian menunjukkanterdapat hubungan yang signifikan antara penghayatan agama dengan kesejahteraan psikologi pelajar, [r = 0.316= P <0.05].Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan penghayatan agama dan kesejahteraan psikologi berdasarkan jantina.Downloads
Published
2018-07-02
Issue
Section
Articles