TAHAP KASIH SAYANG IBU BAPA TERHADAP REMAJA YANG TERLIBAT DENGAN KERUNTUHAN AKHLAK

Authors

  • Ahmad Faqih Ibrahim Fakulti Keilmuan Islam Kolej Universiti Islam Melaka
  • Ummi Nuwairah Norismail
  • Mustafa Kamal Amat Misra Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Muhammad Hilmi Mat Johar Fakulti Keilmuan Islam Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

pelajar, remaja, , keruntuhan akhlak, kasih-sayang

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kasih sayang ibu bapa terhadap remaja yang terlibat dengan keruntuhan akhlak khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka. Seramai 152 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai responden di dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah metodologi kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk tinjauan dengan menjadikan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Bagi menjelaskan hasil kajian, item-item telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek menunjukkan kasih sayang dan dari aspek penolakan. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min keseluruhan bagi aspek menunjukkan kasih sayang adalah 3.93 bermakna ibu bapa sangat menunjukkan kasih sayang, manakala dari aspek penolakan adalah 3.48.

Downloads

Published

2019-08-16