HAD AL-KIFAYAH DALAM MEMBANGUN SOSIOEKONOMI ASNAF: SOROTAN LITERATUR
Keywords:
Had al-Kifayah, Sosioekonomi, Kemiskinan, AsnafAbstract
merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang mencukupkan kehidupan seseorang serta ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Realiti masa kini menunjukkan jurang sosioekonomi yang semakin melebar dalam kalangan masyarakat. Impaknya kemiskinan di pelbagai peringkat menjadi begitu ketara dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Kesan kemiskinan ini membawa kepada pelbagai masalah antaranya dalam isu gejala sosial dan pendidikan. Justeru, kertas kerja ini membicarakan tentang konsep had al-kifayah dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat dan potensi had al-kifayah sebagai garis ukur baharu dalam menentukan indeks kecukupan bagi setiap individu. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk kepada pelbagai buku, artikel jurnal dan kertas kerja yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seterusnya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Kertas kerja ini diharap dapat memberi panduan kepada agensi-agensi pelaksana dalam menentukan agihan dana zakat berdasarkan had kecukupan semasa demi untuk menjamin kesejahteraan hidup masyarakat sasar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-11-18
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Maw'izah is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Mawizah. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mustafar, M. Z., Nordin, R., Suyurno, S. S., Md Sharipp, M. T., Mohd Aziz, M. K. N., & Mohd Noor, M. (2020). HAD AL-KIFAYAH DALAM MEMBANGUN SOSIOEKONOMI ASNAF: SOROTAN LITERATUR. Jurnal Maw’izah, 3(1), 55-66. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JMAW/article/view/725