PERANAN FAKTOR AGAMA SEBAGAI MODERATOR DALAM HUBUNGAN ANTARA FAKTOR KERJA DAN TINGKAH LAKU DEVIAN
Keywords:
Konflik Tugas, Beban Kerja, Tekanan Kerja, Konflik Kerja Keluarga, Tingkah Laku DevianAbstract
Tingkah laku devian di tempat kerja didefinasikan sebagai tingkah laku sukarela yang melanggar norma-norma organisasi dan dalam berbuat demikian mengancam kesejahteraan pekerja dan organisasi itu sendiri. Tingkah laku devian di tempat kerja perlu dikurangkan kerana ia akan memberi impak negatif kepada organisasi. Apabila tingkah laku ini berlaku ke atas organisasi, akibatnya adalah lebih luas dan memberi kesan kepada semua peringkat organisasi termasuk proses membuat keputusan, produktiviti dan melibatkan kos kewangan. Keagamaan boleh dilihat sebagai satu mekanisme penting dalam mengawal tingkah laku. Kajian ini membina model konsep peranan keagamaan sebagai moderator dalam hubungan antara konflik tugas, beban kerja, tekanan kerja, konflik kerja keluarga dan tingkah laku devian di tempat kerja. Model ini dibangunkan berdasarkan teori kawalan sosial serta hasil penyelidikan sebelumnya.Downloads
Published
2018-07-02
Issue
Section
Articles