SIGNIFIKAN NIAT DALAM MELAKSANAKAN PENYELIDIKAN ISLAM

Authors

  • Mohd Syahmir Alias Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
  • Mohammad Zulfakhairi Mokthar Fakulti Pengurusan, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
  • Khairul Bariyah Othman Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
  • Abang Mohd Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Musmuliadi Kamaruding School of Advanced and Distance Learning, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia

Keywords:

penyelidikan Islam, niat, keberkatan, al-Khawarizmi, Ibn Khaldun

Abstract

Makalah ini meneliti keperluan mempunyai niat yang baik bagi seorang penyelidik Muslim dalam melaksanakan penyelidikan Islam. Islam menganjurkan umatnya beriltizam dalam mencari ilmu dan kebenaran. Maka, penyelidikan merupakan salah satu cara seseorang Muslim mencari ilmu dan kebenaran. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh niat, terdapat sebuah hadis yang menjelaskan bahawa golongan pencari ilmu merupakan salah satu golongan yang terawal dimasukkan ke dalam neraka. Jika dilihat dalam konteks penyelidikan, para penyelidik yang tidak mempunyai pandangan alam yang benar berkenaan niatnya dalam menyelidiki sesuatu, maka golongan ini berpotensi menerima akibat yang dikhabarkan melalui hadis tersebut. Oleh yang demikian, makalah ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti konsep niat dalam konteks penyelidikan Islam; dan kedua, menganalisis signifikan penerapan niat dalam penyelidikan dengan rujukan khusus kepada ilmuwan Islam silam yang dipilih iaitu al-Khawarizmi dan Ibn Khaldun. Kedua-dua tokoh ini dipilih kerana kecemerlangan mereka mengintegrasikan ilmu akliah dengan ilmu naqliah. Makalah ini ditulis berdasarkan kajian dokumen dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati, signifikan daripada penerapan niat dalam penyelidikan Islam ialah terpancarnya kesungguhan dan keikhlasan sepanjang proses penyelidikan, manakala secara jangka masa panjang, ia memberikan keberkatan terhadap penyelidik dan penyelidikannya.

 

Downloads

Published

2019-08-16