NILAI ETNISITI DALAM PERLEMBAGAAN MADINAH

Authors

  • Zaleha Embong Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan

Keywords:

Etnisiti, Perlembagaan Madinah

Abstract

Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama dunia yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengurus masyarakat majmuk di Madinah. Masyarakat Madinah terdiri daripada pelbagai etnik, bahasa, agama dan suku puak. Sebelum kedatangan Islam, Madinah tidak mempunyai sistem politik yang teratur dan masyarakatnya hidup secara berpuak-puak serta terpisah. Di Madinah sering berlakunya konflik kerana masyarakatnya mempunyai semangat etnisiti yang tinggi sehingga sanggup berperang walaupun melibatkan isu kecil. Namun begitu, Baginda SAW mengiktiraf nilai etnisiti sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Madinah. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis nilai etnisiti dalam Perlembagaan Madinah. Kertas kerja ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan. Manakala, kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati perlembagaan ini telah berjaya menyatu padu dan membina hubungan baik dalam masyarakat majmuk di Madinah.

Downloads

Published

2019-08-16