PENGAMALAN HISBAH KENDIRI KE ARAH PEMERKASAAN PENGURUSAN INSAN

Authors

  • Afifi Farhana Mhd Poad Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Muslihah Mazlan Fakulti Keilmuan Islam Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Amalan Hisbah Kendiri, Pengurusan Islam, Sistem Pengawasan

Abstract

Pengawasan kendiri atau hisbah kendiri merupakan satu sistem pengawasan dalam pengurusan Islam yang terbukti peranannya untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Objektif utama kertas kerja ini adalah, pertama untuk mengenal pasti amalan hisbah kendiri dan kedua ialah untuk menganalisis amalan hisbah kendiri ke arah pemerkasaan pengurusan insan. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Seterusnya, kertas kerja ini menggunakan kajian dokumen untuk tujuan pengumpulan data. Setelah itu, data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa pendekatan amalan hisbah kendiri mampu melahirkan dan memperkasakan pengurusan insan yang berkualiti bagi menangani masalah yang berlaku dalam pengurusan tersebut. Oleh yang demikian, hisbah kendiri dilihat sebagai salah satu cara yang dapat diaplikasikan untuk membendung masalah yang berlaku dalam pengurusan insan.

Downloads

Published

2019-08-15