REALITI KEPELBAGAIAN KAUM KE ARAH PERPADUAN NASIONAL PASCA MERDEKA
Keywords:
Kemajmukan, perpaduan nasional, negara-bangsa, asimilasi, permuafakatanAbstract
Kemajmukan memperlihatkan kepelbagaian berasaskan identiti setiap etnik.Kepelbagaian menjurus kepada perbezaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang kemudiannya menjadi cabaran kepada pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan nasional.Matlamat membina sebuah masyarakat yang berasaskan negara-bangsa perlu seiring dengan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik.Pemimpin Tanah Melayu yang kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia sejak sebelum kemerdekaannya telah merintis jalan perpaduan pelbagai kaum melalui Kontrak Sosial.Permuafakatan tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kekal hingga kini. Tidak seperti Indonesia dan Thailand, Malaysia mempraktikkan cara dan acuannya yang tersendiri untuk membina perpaduan nasional dan membentuk identiti kebangsaan di samping memastikan hubungan antara kaum sentiasa terpelihara.Downloads
Published
2019-07-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.