CABARAN BUJANG LEWAT USIA: STIGMA TERHADAP WANITA BERKERJAYA
Keywords:
stigma, wanita bujang lewat usiaAbstract
Stigma merupakan satu tanggapan atau tafsiran negatif terhadap norma atau kebiasaan di dalam masyarakat. Stigma boleh menyebabkan tekanan dan menyebabkan gangguan emosi kepada individu yang terlibat. Pelabelan dengan istilah dan sikap tertentu yang berunsur negatif adalah stereotaip yang sinonim di dalam masyarakat Melayu khususnya dalam isu jodoh dan perkahwinan terhadap wanita bujang yang lewat usia. Kajian ini menumpukan kepada stigma yang diterima oleh wanita bujang yang lewat usia. Perkahwinan di dalam masyarakat di Malaysia, dianggap sebagai suatu cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain apabila seseorang wanita itu sudah dianggap „cukup umur?. Lazimnya wanita di Malaysia akan melangsungkan pernikahan pada usia tertentu, namun sehingga kini telah berlaku perubahan usia pernikahan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada wanita lewat berkahwin atau melengahkan usia perkahwinan antaranya urbanisasi, pendidikan, pekerjaan dan menanggung keluarga. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa pola bentuk dan kesan stigma terhadap wanita lewat usia yang belum berkahwin. Stigma yang diterima adalah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional memandangkan wanita bujang yang lewat usia terdiri dari wanita yang berkarier. Walaubagaimanapun, didapati bahawa wanita tersebut tidak semuanya sedih dengan ketentuan menjadi bujang walau sudah lewat usia.Downloads
Published
2019-07-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.