CARA GAYA KEIBUBAPAAN DAN REMAJA HAMIL TANPA NIKAH
Keywords:
Cara Gaya Keibubapaan, Remaja, Hamil Tanpa NikahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cara gaya keibubapaan menggunakan inventori Indeks Topologi Amalan Didikan Ibu Bapa Baumrind. Reka bentuk tinjauan dan teknik persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang telah dijalankan di Pusat Kebajikan Wanita dan Remaja (KEWAJA) yang terletak di Batu Caves, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah statistik khi kuasa dua bagi analisis inferensi. Saiz sampel yang diambil bagi reka bentuk tinjauan adalah seramai 21 responden. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian, permisif dan autoritatif dengan tahap pendidikan remaja hamil tanpa nikah. Kesimpulannya, satu program intervensi perlu dibentuk dalam membendung fenomena hamil tanpa nikah.Downloads
Published
2016-06-15
Issue
Section
VOL 1 / 2016 / 1436H
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.