TAHAP KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN REMAJA DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Keywords:
Kecerdasan, Emosi, RemajaAbstract
Kajian lapangan ini bertujuan melihat tahap kecerdasan emosi dalam kalangan remaja di Kolej Universiti Islam Melaka. Subjek adalah seramai 90 orang remaja dalam lingkungan umur 17 hingga 21 tahun yang merupakan pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka. Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan dengan faktor demografi seperti jantina, tempat tinggal dan bangsa. Bahagian B mengandungi soalan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi. Soal selidik ini dibina oleh Boyantzis, Goleman dan HayMcBar dimana ujian ini adalah untuk mengukur Tahap Kecerdasan Emosi (Boyatzis et.al 1999). Set soal selidik yang telah ditadbir kemudiannya dianalisis menggunakan Pakej Statistikal Package for the Social Science (SPSS) untuk menganalisis data deskriptif. Data faktor demografi telah dikumpul dengan mendapatkan taburan kekerapan dan peratusan mudah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi remaja berada pada tahap sederhana. Begitu juga tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina, tempat tinggal dan bangsa yang menunjukkan peratusan yang paling tinggi berada dalam tahap sederhana.Downloads
Published
2016-06-15
Issue
Section
VOL 1 / 2016 / 1436H
License
The content of Jurnal Sains Sosial is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Sains Sosial. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.