TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN PENJARA

Authors

  • Suhaya Hj. Deraman
  • Siti Zubaidah Hj. Mohd Isa

Keywords:

Kepuasan Kerja, Jantina, Pendapatan, Tempoh Perkhidmatan, Status Perkahwinan.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan penjara. Tahap kepuasan kerja ini dinilai berdasarkan maklumat daripada demografi responden seperti jantina, pendapatan, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan. Seramai 50 responden dalam kalangan kakitangan penjara telah dipilih sebagai subjek kajian. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik Inventory Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) yang mengandungi 40 item dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach .711. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 18.0 (SPSS 18). Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya kakitangan Penjara Sungai Udang, Melaka mencapai tahap kepuasan kerja yang memuaskan.

Downloads

Published

2016-06-15