ANALISIS TIPOLOGI DAN MOTIF HIASAN REKAAN MAHKOTA ATAP MASJID SEBAGAI HIASAN SENI ISLAM DI MELAKA TENGAH
Keywords:
Masjid, Mahkota Atap, Melaka, Tipologi, Ragam HiasAbstract
Masjid merupakan sebuah institusi penting bagi perkembangan rohani dan kehidupan sosial masyarakat Islam. Pelbagai gaya dan reka bentuk masjid yang boleh dilihat khususnya di Melaka yang mempunyai masjid berbentuk sino-elektik atau juga dikenali sebagai masjid yang memiliki bumbung bertingkat dua dan bertingkat tiga. Reka bentuk masjid di Melaka mempunyai keunikan dari segi rekaan pada hiasan bumbung masjid iaitu dikenali sebagai mahkota atap masjid. Rekaan mahkota atap masjid ini mempunyai beberapa ciri penting yang menjadikan ia sebuah rekaan yang sangat unik dan menarik antaranya mempunyai bahagian asas yang berbentuk segi empat, berbentuk piramid, bertingkat dan mempunyai hiasan sudut. Namun kini jumlah penggunaan mahkota atap masjid di Melaka khususnya semakin berkurangan. Oleh itu, tujuan utama kertas ini adalah untuk klasifikasi tipologi dan ragam hias rekaan mahkota atap yang terdapat pada bumbung masjid di Melaka Tengah, Melaka agar ia dapat memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap penggunaan hiasan seni Islam Tempatan. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan menggunakan teknologi dron untuk menjalankan kerja dokumentasi bergambar rekaan mahkota atap masjid di sekitar Daerah Melaka Tengah. Sementara itu, pendekatan tipologi analisis digunakan untuk memperincikan dan membuat klasifikasi rekaan mahkota atap masjid ini. Hasil kajian yang diperolehi dapat melihat perbezaan tipologi bagi setiap rekaan mahkota atap masjid yang mempunyai pelbagai motif yang digunakan terhadap seni rekaan mahkota atap masjid yang bermotifkan seni Islam Tempatan.Downloads
Published
2023-01-12
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal TUAH is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal TUAH. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.