TEKNOLOGI ASAS PEMBUATAN PERAHU DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
Keywords:
Kata kunci, teknologi, perahu, alam melayuAbstract
Penelitian mengenai perahu di alam Melayu menjadi perhatian ramai penyelidik dari luar negara terutama cara pembuatan dan penghasilan perahu di alam Melayu sedikit berbeza dengan penghasilan perahu di luar. Namun kajian mengenai asas pembuatan masih lagi kurang dan disebabkan perkembangan teknologi dan kemasukan teknologi luar. Kertas kerja ini cuba untuk menerangkan teknik awal pembuatan perahu tradisional yang telah lama dikuasai oleh tukang perahu Melayu dahulu. Dalam tinjauan di tapak pembinaan perahu, didapati teknik pembuatan ini masih lagi digunakan dalam kalangan tukang perahu Melayu pada masa kini. Teknik ini juga mengalami evolusi dalam pembuatannya selaras dengan perubahan zaman dan perkembangan dalam teknologi pertukangan kayu. Kertas kerja ini diharap dapat memberi sedikit gambaran tentang evolusi perkembangan teknologi pembuatan perahu tradisional di Alam Melayu dan sedikit sebanyak menambah korpus ilmu etnosains di Alam Melayu.Downloads
Published
2023-01-12
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal TUAH is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal TUAH. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.