MENGENALI TEROMBA PERKAHWINAN DALAM WARISAN PERADABAN MELAYU
Keywords:
Kata Kunci, Teromba Perkahwinan, Peradaban MelayuAbstract
Kajian ini adalah mengenai mengenali teromba perkahwinan dalam warisan peradaban Melayu. Objektif kajian ini ialah menjelaskan kepelbagaian puisi yang terdapat dalam teromba perkahwinan Negeri Sembilan, merungkai peranan teromba perkahwinan dalam kehidupan masyarakat di Negeri Sembilan khususnya dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih dan membongkar nilai yang terdapat di dalamnya. Teksdealisme ialah teori yang digunakan yang mengandungi prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan invidualisme. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teromba ini sangat penting dalam peradaban kerana peradaban ini banyak mengajar dan membentuk nilai, adab, budi dan sopan dalam masyarakat tersebut. Tegasnya teromba dalam adat perkahwinan tersebut menjadikan ia adalah suatu warisan peradaban Melayu yang hebat dan tiada diamalkan dalam masyarakat lain di dunia ini. Kajian ini penting kepada orang Melayu dan juga yang mengamalkan Adat Perpatih supaya ia tidak tenggelam di telan zaman dan sebaiknya diperkasakan lagi.Downloads
Published
2023-01-12
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal TUAH is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal TUAH. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.