KEPENGARANGAN CERPEN REMAJA PASCA 13 MEI 1969 ANTARA NAZEL HASHIM DAN ISMAIL SARBINI: SUATU PERBINCANGAN DARI SUDUT PENDIDIKAN NILAI MURNI KEBERANIAN MELALUI TEMA SEJARAH
Keywords:
Cerpen remaja, Rukun Negara, 13 Mei 1969, kajian bandingan, kepengarangan, tema sejarahAbstract
Meneliti fenomena cerpen remaja di dalam Negara, perkembangannya rancak bermula pada tahun 1970an lagi. Sewaktu negara dilanda krisis politik yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan telah memperkenalkan dasar Rukun Negara untuk menyatukan kembali kaum-kaum di Malaysia. Melalui dasar tersebut, seluruh rakyat digesa untuk memperkasakan dan menyahut tuntutan yang termaktub di dalam Rukun Negara. Dari sini dapat dikenal pasti terdapat pelbagai tema cerpen yang telah dikarang oleh penulis-penulis Malaysia bagi menyahut seruan kerajaan termasuk Nazel Hashim dan Ismail Sarbini. Dalam konteks tema sejarah, mereka berdua terkehadapan daripada pengarang lain dalam mempromosikan cerpen remaja bertemakan sejarah di era pasca 13 Mei 1969. Hasil daripada penelitian melalui beberapa buah cerpen milik mereka, tema sejarah yang digunakan oleh mereka banyak mengambarkan nilai murni tentang keberanian orang Melayu. Oleh itu kajian bandingan antara dua penulis ini akan diaplikasikan dalam usaha meneliti kepengarangan kedua penulis mempersembahkan kisah-kisah bertemakan sejarah di dalam cerpen remaja dalam usaha menyampaikan nilai murni keberanian. Dapatan kajian menunjukkan penulis mempunyai tema sejarah tersendiri dalam usaha menyampaikan nilai-nilai murni keberanian bagi tujuan pendidikan sahsiah remaja.Downloads
Published
2023-01-12
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal TUAH is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal TUAH. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.