PENDOKUMENTASIAN REBANA PERAK SEBAGAI SATU WARISAN MUZIK TRADISIONAL NEGERI PERAK

Authors

  • Nadzri Mohamad Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, UniversitiTeknologi MARA Perak
  • Ahmad Kamal Mohd. Yusop Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, UniversitiTeknologi MARA Perak

Abstract

Kajian ini adalah mengenai pengenalan mengenai rebana Perak. Alat muzik tradisional Rebana Perak termasuk dalam kategori alat muzik membranofon iaitu alat muzik yang mempunyai satu muka.   Kompang, rebana ubi, rebana anak dan rebana besar adalah juga di antara alat muzik yang termasuk dalam kategori yang sama. Salah satu ciri alat muzik dalam kategori ini adalah dari aspek bunyi yang dihasilkan daripada paluan sama ada menggunakan tangan atau alat paluan tertentu. Penulisan ini akan memfokuskan aspek memahami dan mengenali alat muzik tradisional Rebana Perak agar ianya dapat diwarisi dan kekal dimainkan di masa- masa akan datang. Kajian ini dilakukan secara kualitatif iaitu melalui tinjauan. Tinjauan terhadap Rebana Perak ini dilakukan secara kerja lapangan dengan melihat sendiri pembuatan, persembahan dan menemu bual penggiat seni tersebut. Bermula dengan meninjau cara pembuatan rebana sehinggalah kepada cara-cara dan teknik permainan. Penulisan pengenalan kepada alat muzik tradisional ini adalah usaha awal untuk mendokumenkan Rebana Perak secara ilmiah dan menjadi rujukan tambahan dalam usaha memperkayakan koleksi penyelidikan seni warisan negeri Perak.

References

Nawani, M. F. (2013). Pewarisan Permainan Rebana Perak di Kampung Sungai Air Tawar. UNIMAS. Rashid, M. S. A., Fadzil, F. A., & Mat, N. (2010). Simposium Nusantara ke-7: Warisan Budaya (M.

Sungai Perak Sebagai Koridor Warisan Negeri, Ed.). Negeri Perak; Auditorium Taman Budaya Perak, 23

Mac.

Saaid, S. A., & Malek, M. R. (1995). Kesenian dan Hiburan Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbit Prisma

Sdn. Bhd.

Salleh, N. M. (1995). Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Malaysia. Selangor: Jabatan

Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Yusoff, W. A. K. (2006). Budaya Popular Dalam Pembangunan Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

Downloads

Published

2023-12-30