KAJIAN PENGGUNAAN LIVE CANVAS DALAM BIDANG MENGGAMBAR PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Law Chaw Nee Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
  • Muhammad Khairullah Muhammad Marzidi Universiti Malaysia Sarawak

Keywords:

Live Canvas, Bidang Menggambar, Pendidikan Seni Visual

Abstract

PSV amat penting untuk menyokong pembelajaran abad ke-21 (Yong, Y. T., Harozila Ramli & Noor Azlin Mohd, 2023). Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi penggunaan Live Canvas yang berasaskan multimedia sebagai alat digital yang direka untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual (PSV). Dengan menyediakan platform kanvas digital yang interaktif, Live Canvas memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan mengembangkan kemahiran seni visual mereka secara lebih berkesan. Menurut Mostafa et al (2017), teknologi yang
semakin meluas penting digunakan dalam pendidikan khususnya PSV. Alat ini bertujuan untuk mengatasi beberapa cabaran pengajaran seni, seperti kekurangan kreativiti dan keyakinan murid, serta kesulitan dalam menghasilkan karya yang realistik. Platform ini menyokong pelaksanaan pengajaran secara bersemuka, dalam talian, dan hibrid, sambil menawarkan cadangan visual yang membantu murid memahami perspektif, ton, dan pencahayaan. Berdasarkan soal selidik yang dikumpulkan daripada guru-guru di SK South, Miri, penggunaan Live Canvas terbukti dapat mengurangkan beban dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan meningkatkan interaksi antara guru dan murid. Secara keseluruhan, alat ini memberikan manfaat dalam memperkasa kreativiti dan kemahiran seni
digital murid serta mempermudah pencapaian pengajaran yang lebih berkesan dalam mata pelajaran PSV.

Author Biographies

  • Law Chaw Nee, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
    Jabatan Pendidikan Seni Visual
  • Muhammad Khairullah Muhammad Marzidi, Universiti Malaysia Sarawak
    Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Downloads

Published

2025-12-31

Issue

Section

Articles