PEMULIHARAAN REKABENTUK PERAHU PAYANG TERENGGANU MELALUI KAEDAH ROMBAKAN KEJURUTERAAN
Abstract
Perahu Payang merupakan perahu tradisional terbesar yang pernah digunakan oleh para nelayan tradisi laut dalam Terengganu suatu ketika dahulu. Saiznya adalah 14 meter panjang dan boleh menampung sehingga 15 orang ‘Awak-Awak’ atau pekerja kapal nelayan. Ia dinamakan Perahu Payang bersempena kaedah penangkapan ikannya yang menggunakan ‘Pukat Payang’. Namun, kini ia kian dilupakan oleh generasi sekarang. Bercirikan rekabentuk tradisional dan kaedah pembuatan yang unik, Perahu Payang tidak boleh dibiarkan hilang ditelan zaman. Ditambah dengan berkurangnya ‘Pandai Perahu’ atau Tukang Perahu berpengalaman secara drastik telah memburukkan lagi nasib Perahu Payang dan perahu-perahu tradisional yang lain kerana Tukang Perahu tidak meninggalkan sebarang catatan atau lukisan rekabentuk perahu-perahu tersebut. Oleh itu, pengkaji berikhtiar mendokumenkan rekabentuk Perahu Payang secara rombakan kejuruteraan berasaskan kaedah ‘Senibina Kapal’ agar rekabentuk Perahu Payang tidak hilang ditelan zaman. Usaha ini dimulakan dengan membuat pengukuran luaran artifak Perahu Payang yang ada di Muzium Negeri Terengganu untuk mendapatkan rekabentuk luaran perahu tersebut. Data ukuran tersebut didigitalkan menggunakan perisian Rhinoceros 5 bagi mendapatkan model 3 dimensi perahu tersebut. Daripada model 3 dimensi ini, ciri-ciri keapungan Perahu Payang di air tenang dapat di analisis serta lukisan Pelan Garisan dapat dihasilkan. Seterusnya, pengukuran terperinci dalaman artifak Perahu Payang tersebut pula dilakukan dan didigitalkan bagi menghasilkan model 3 dimensi perahu yang lebih terperinci. Daripada model 3 dimensi terperinci ini, beberapa analisis dapat dilakukan seperti anggaranberat serta kedudukan pusat graviti perahu dan kestabilan perahu. Analisis tersebut dapat memberi anggaran keadaan perahu di dalam air. Hasil usaha ini telah berjaya menghasilkan lukisan Pelan Garisan bagi menggambarkan rekabentuk luaran Perahu Payang dan lukisan struktur perahu untuk memberi gambaran yang lebih terperinci Perahu Payang tersebut yang boleh dirujuk oleh generasi akan datang untuk pelbagai tujuan. Selain itu, beberapa analisis juga berjaya dihasilkan bagi menganggarkan keadaan Perahu Payang di dalam air.References
Abdul Wahab, M. R., & Ramli, Z. (2018). Analyzing decreasing factors in the used of Traditional Malay boats in East Coast. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2(June), 279–288.
Ali, I. (2009). The Culture of Outrigger Boat in the Malay Archipelago: A Maritime Perspective. International Journal for Historical Studies, 1(1), 57–70.
Di Paola, F., & Inzerillo, L. (2018). 3D reconstruction-reverse engineering-digital fabrication of the Egyptian Palermo stone using by smartphone and light structured scanner. International Archives of the Photogrammetry, Remote Sensing and Spatial Information Sciences, 42(2), 311–318. https://doi.org/10.5194/isprs-archives-XLII-2-311-2018
Eko, S., Triyanto, & Mujiyono. (2020). Design and Construction of Traditional Fishing Boat in Jepara in the Context of Cultural Ecology: The Implication as Arts Learning Resources. International Journal of Indonesian Society and Culture, 12(2), 209–215. https://doi.org/10.15294/komunitas.v12i2.18937
Haron, S. J., Koto, J., & Dalil, M. (2014). Review on Delivery Issues in Malaysian Traditional Ship Production Process. Journal of Ocean, Mechanical and Aerospace, 13, 18–21.
Kommula, K. B., Laudya, S. T., Eslavath, S., Karri, S. N. R., & Pandey, R. (2018). Reverse Engineering for Restoration and Preservation of Old Artifacts and Cultural Heritage. International Journal of Engineering Research in Mechanical and Civil Engineering, 3(3), 14–18.
Mohd Zamani, & K.Vijaynathan. (2000). Cultural Influence on Hull Form Geometrical Features of Malaysian Trawler Fishing Boats. Proc. 7th International Marine Design Conference, May. http://www.academia.edu/766645/Cultural_Influence_on_Hull_Form_Geometrical_Features_of_Malaysian_Trawler_Fishing_Boats
Rahman, N. A. A., Johan, M. A., Ismail, N. M. K. N., & Ahmad, S. (2021). Constructing a Blueprint of a Kolek. IOP Conference Series: Materials Science and Engineering, 1176(1), 012028. https://doi.org/10.1088/1757-899x/1176/1/012028
Van Damme, T., Auer, J., Ditta, M., Grabowski, M., & Couwenberg, M. (2020). The 3D annotated scans method: a new approach to ship timber recording. Heritage Science, 8(1), 1–18. https://doi.org/10.1186/s40494-020-00417-9
Wahab, M. R. A., Ramli, Z., Ismail, N. N. A., Bakar, N. A., & Azhar, W. N. S. W. (2018). Symbolism in traditional Malay boat crafting in the East Coast. Journal of the Malaysia Institute of Planners, 16(1), 294–302. https://doi.org/10.21837/pmjournal.v16.i5.432
Wahab, M. R. A., Ramli, Z., Samad, M. A. A., Supian, N. S. M., Nasir, M. N. man M., & Masdey, S. S. (2018). Ancient maritime symbols in Malay traditional boat in the East Coast, Peninsular Malaysia. Journal of the Malaysia Institute of Planners, 16(1), 372–380. https://doi.org/10.21837/pmjournal.v16.i5.439
Yaakob, O., Hashim, F. E., Jalal, M. R., & Mustapa, M. A. (2015). Stability, seakeeping and safety assessment of small fishing boats operating in southern coast of Peninsular Malaysia. Journal of Sustainability Science and Management, 10(1), 50–65.
Downloads
Published
Issue
Section
License
The content of Jurnal TUAH is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal TUAH. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.