PENERIMAAN RESPONDEN TERHADAP COKLAT RUMPAI LAUT CHOCO’RULA: SATU PEMERHATIAN AWAL
Keywords:
coklat, rumpai laut, penanaman rumpai laut, coklat rumpai lautAbstract
Choco’Rula merupakan gabungan dua bahan utama iaitu coklat dan rumpai laut. Rumpai laut atau nama saintifiknya Kappaphycus alvarezii ini merupakan produk akuatik yang sangat terkenal di Sabah, namun tidak di negeri-negeri lain. Ini disebabkan rasanya yang masin dan hanyir. Harga pengeluaran karagenan daripada rumpai laut adalah sangat tinggi berbanding harga rumpai laut. Maka, penghasilan produk tambahan dari bahan asli mempunyai potensi sebagai tambahan sumber pendapatan kepada komuniti setempat. Objektif utama penghasilan produk adalah untuk mendapatkan pemerhatian awal penerimaan responden terhadap Choco’Rula. Malahan pembuatan karagenan ini adalah rumit dan memerlukan peralatan yang berteknologi tinggi. Rumpai laut ini dihasilkan bersama coklat, bahan pengawet, gula, agar-agar dan bahan perasa. Agar-agar rumpai laut yang telah kering akan digaul bersama coklat. Melalui keputusan yang diperolehi, 82.31% responden lebih memilih coklat rumpai laut berbanding coklat di pasaran. Ini menunjukkan bahawa coklat rumpai laut mempunyai potensi pasaran yang baik. Inovasi produk baru ini dapat membantu dalam peningkatan ekonomi setempat sebagai sumber pendapatan alternatif terutama kepada para pengusaha-pengusaha rumpai laut dan menjadikan ianya diminati serta dikenali oleh orang ramai.Downloads
Published
2024-01-11
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Hospitality and Networks (JOHAN) is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to JOHAN. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.