FAKTOR-FAKTOR KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP MAKANAN SEGERA DI KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC) MERLIMAU MELAKA
Keywords:
kesetiaan pelanggan, kualiti servis, kualiti makanan, makanan segeraAbstract
Makanan segera boleh ditakrifkan sebagai makanan yang dapatdisediakan dan dihidangkan dengan pantas dan mula populardi Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an.. Di peringkat global, kebanyakan syarikat makanan segera dibuka secara francais dan telah mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan yang menginginkan perkhidmatan yang cepat, makanan yang mudah untukdibeli dan boleh dimakan di mana sahaja.Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor kesetiaan pelanggan terhadap makanan segera di KFC Merlimau Melaka. Berdasarkan kajian-kajian lepas, tiga pembolehubah yang akan dikenalpasti mempengaruhi kesetiaan pelanggan iaitu faktor kualiti servis, kualiti makanan dan tanggapan nilai. Ketiga-tiga faktor tersebut akan diterangkan dalam hubungan bahagian kedua kajian ini.dari sudut metodologi , kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Maka data yang akan diperolehi adalah dari sumber data primer dan data sekunder. Keseluruhan data yang diperolehi melalui borang soal selidik akan dianalisis melalui perisian Statistical Package for Science Social versi 25.0.Downloads
Published
2024-01-11
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Hospitality and Networks (JOHAN) is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to JOHAN. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.