KEHADIRAN PELANCONG MUSLIM KE MASJID-MASJID PELANCONGAN DI MELAKA : TINJAUAN TERHADAP AMALAN SOLAT DAN AKTIVITI DI MASJID

Authors

  • Mohd Azam Yahya
  • Suhaimi Abu Hasan
  • Shahrul Hilmi Othman
  • Azman Ripin

Keywords:

masjid, pelancongan, pelancong muslim, aktiviti

Abstract

Masjid merupakan rumah ibadat bagi orang Islam di samping menjadi tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan agama. Tambahan pula, pada masa kini keunikan yang terdapat pada sesetengah masjid bukan sahaja menjadi tempat menunaikan kewajiban solat, bahkan telah menjadi salah satu daya tarikan para pelancong. Di Melaka sahaja telah terdapat puluhan buah masjid. Walaubagaimanapun, kajian ini memberi fokus kepada masjid-masjid yang mempunyai keunikan dan sejarah tertentu selain untuk mengkaji tujuan pelancong muslim datang ke masjid tersebut serta cadangan penambahbaikan bagi menarik lebih ramai pelancong muslim untk datang ke masjid pelancongan selain menjalankan ibadah denga istiqamah.

Downloads

Published

2021-12-10