PENGARUH KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KEPUASAN BELAJAR PELAJAR KOLEJ-KOLEJ SWASTA DI SABAH
Keywords:
Pengaruh Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Kepuasan PelajarAbstract
Kualiti pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepuasan seseorang pelajar. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan belajar pelajar kolej-kolej swasta di Sabah. Keutamaan dalam kajian ini adalah melibatkan tinjauan dari kategori pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan belajar pelajar dari aspek kompetensi tenaga pengajar yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan keperibadian seseorang pensyarah, aspek peralatan pengajaran seperti bahan bantu mengajar (BBM) dan Rancangan Pengajaran (Lesson Plan) dan struktur kurikulum atau penilaian kursus. Dari aspek kepuasan pula, instrumen yang digunakan adalah menggunakan pengukuran SERVQUAL. Terdapat lima dimensi yang akan dinilai iaitu Kebolehpercayaan (Reliability), Jaminan (Assurance), Bukti fizikal (Tangibles), Empati (Empathy) dan Responsif (Responsiveness). Justeru, kertas konsep ini membincangkan tentang pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan belajar pelajar kolej-kolej swasta di Sabah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Muhammad, M., Talip, R., & Taat, M. S. (2019). PENGARUH KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KEPUASAN BELAJAR PELAJAR KOLEJ-KOLEJ SWASTA DI SABAH. Jurnal ILMI, 9(1), 102-119. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/621