PENGARUH KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KEPUASAN BELAJAR PELAJAR KOLEJ-KOLEJ SWASTA DI SABAH

Authors

  • Mazni Muhammad
  • Roslee Talip
  • Muhammad Suhaimi Taat

Keywords:

Pengaruh Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Kepuasan Pelajar

Abstract

Kualiti pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepuasan seseorang pelajar. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan belajar pelajar kolej-kolej swasta di Sabah. Keutamaan dalam kajian ini adalah melibatkan tinjauan dari kategori pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan belajar pelajar dari aspek kompetensi tenaga pengajar yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan keperibadian seseorang pensyarah, aspek peralatan pengajaran seperti bahan bantu mengajar (BBM) dan Rancangan Pengajaran (Lesson Plan) dan struktur kurikulum atau penilaian kursus. Dari aspek kepuasan pula, instrumen yang digunakan adalah menggunakan pengukuran SERVQUAL. Terdapat lima dimensi yang akan dinilai iaitu Kebolehpercayaan (Reliability), Jaminan (Assurance), Bukti fizikal (Tangibles), Empati (Empathy) dan Responsif (Responsiveness). Justeru, kertas konsep ini membincangkan tentang pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan belajar pelajar kolej-kolej swasta di Sabah.

Downloads

Issue

Section

JURNAL ILMI