TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH MENGGUNAKAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
Keywords:
Guru pelatih, Belajar sambil bermain, Pekembangan sosialAbstract
Artikel ini membincangkan tentang tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain terhadap perkembangan sosial kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk (i) mengenal pasti tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain terhadap perkembangan sosial kanak-kanak; (ii) mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain mengikut jantina; dan (iii) mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain dengan kemahiran sosial kanak-kanak. Penyelidik menggunakan reka bentuk kuantitatif bagi menghuraikan segala objektif, persoalan kajian dan pembolehubah yang terlibat. Kajian dijalankan oleh pengkaji merujuk kepada respondan yang terdiri daripada guru-guru pelatih kursus pendidikan awal kanak- kanak di Universiti Islam Melaka yang menjadi tenaga pengajar sementara dan pendorong kepada perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Kajian tinjauan juga dijalankan menggunakan borang soal selidik yang memerlukan respondan menjawab soalan yang terdapat dalam borang soal selidik. Penyelidik menggunakan 3 kaedah analisis iaitu analisis deskriptif, analisis t-test dan analisis kolerasi. Keputusan menunjukkan bahawa adanya hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan antara tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain dengan perkembangan sosial kanak-kanak. Impak kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain dalam meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak dengan lebih baik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Azri, S. N. F., Othman, N., Jumati, N. F., & Ramlee, N. F. (2024). TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH MENGGUNAKAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK. Jurnal Kesidang, 9(1), 144-157. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/1810