TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH MENGGUNAKAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
Keywords:
Guru pelatih, Belajar sambil bermain, Pekembangan sosialAbstract
Artikel ini membincangkan tentang tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain terhadap perkembangan sosial kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk (i) mengenal pasti tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain terhadap perkembangan sosial kanak-kanak; (ii) mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain mengikut jantina; dan (iii) mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain dengan kemahiran sosial kanak-kanak. Penyelidik menggunakan reka bentuk kuantitatif bagi menghuraikan segala objektif, persoalan kajian dan pembolehubah yang terlibat. Kajian dijalankan oleh pengkaji merujuk kepada respondan yang terdiri daripada guru-guru pelatih kursus pendidikan awal kanak- kanak di Universiti Islam Melaka yang menjadi tenaga pengajar sementara dan pendorong kepada perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Kajian tinjauan juga dijalankan menggunakan borang soal selidik yang memerlukan respondan menjawab soalan yang terdapat dalam borang soal selidik. Penyelidik menggunakan 3 kaedah analisis iaitu analisis deskriptif, analisis t-test dan analisis kolerasi. Keputusan menunjukkan bahawa adanya hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan antara tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain dengan perkembangan sosial kanak-kanak. Impak kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan guru pelatih menggunakan kaedah belajar sambil bermain dalam meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak dengan lebih baik.Downloads
Published
2024-12-31
Issue
Section
Articles