TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM DIDIKAN KANAK-KANAK DI TASKA KEMAS
Keywords:
Penglibatan Ibu Bapa, TASKA KEMAS.Abstract
Penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak diyakini dapat membantu perkembangan kanak-kanak di TASKA mahupun TADIKA. Namun begitu, kajian terdahulu yang telah dijalankan menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa adalah sederhana (Fauziah Hanim, et al, 2014). Hal ini disebabkan oleh faktor kesibukan ibu bapa yang kesuntukan masa. Meskipun begitu, kajian seumpamanya masih kurang dilaksanakan di negara ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA KEMAS di negeri Perak. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan. Responden terdiri daripada 47 orang ibu bapa yang mempunyai anak-anak di TASKA KEMAS. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa daripada perspektif mereka berada pada tahap yang sederhana (min = 3.234, SP = 0.757). Penglibatan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA masih lagi sederhana dan perlu ditingkatkan untuk kepentingan perkembangan kanak-kanak. Penganjuran aktiviti dan program yang dianjurkan oleh guru hendaklah mengikut kesesuaian masa ibu bapa agar penglibatan ibu bapa dapat dikekalkan secara konsistenDownloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-12-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abd Raof, N., Ishak, M. S., Mohamad, M. S., Zaki Ali, M. A., & Ibrahim, A. Z. (2020). TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM DIDIKAN KANAK-KANAK DI TASKA KEMAS. Jurnal Kesidang, 5(1), 112-118. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/770