TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM DIDIKAN KANAK-KANAK DI TASKA KEMAS

Authors

  • Norjumira Abd Raof Kolej Universiti Islam Melaka
  • Mohamad Shukri Ishak Kolej Universiti Islam Melaka
  • Muhammad Syahfei Mohamad Kolej Universiti Islam Melaka
  • Mohamad Arif Zaki Ali Kolej Universiti Islam Melaka
  • Ahmad Zulfandi Ibrahim Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Penglibatan Ibu Bapa, TASKA KEMAS.

Abstract

Penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak diyakini dapat membantu perkembangan kanak-kanak di TASKA mahupun TADIKA. Namun begitu, kajian terdahulu yang telah dijalankan menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa adalah sederhana (Fauziah Hanim, et al, 2014). Hal ini disebabkan oleh faktor kesibukan ibu bapa yang kesuntukan masa. Meskipun begitu, kajian seumpamanya masih kurang dilaksanakan di negara ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA KEMAS di negeri Perak. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan  menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan. Responden terdiri daripada 47 orang ibu bapa yang mempunyai anak-anak di TASKA KEMAS. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa daripada perspektif mereka berada pada tahap yang sederhana (min = 3.234, SP = 0.757). Penglibatan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA masih lagi sederhana dan perlu ditingkatkan untuk kepentingan perkembangan kanak-kanak. Penganjuran aktiviti dan program yang dianjurkan oleh guru hendaklah mengikut kesesuaian masa ibu bapa agar penglibatan ibu bapa dapat dikekalkan secara konsisten

Downloads

Published

2020-12-31