PENGGUNAAN SYAHADAH (KESAKSIAN) DALAM PERBICARAAN KES-KES MAL DI MAHKAMAH SYARIAH
Keywords:
Syahadah, kesaksian, Mahkamah SyariahAbstract
Syahadah (kesaksian) merupakan salah satu kaedah pembuktian tertinggi dalam hukum syarak mahupun undang-undang buatan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan timbul berkaitan kebolehterimaan syahadah di Mahkamah Syariah terutamanya status syahadah yang diberikan oleh orang bukan Islam, wanita dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat meragui dan kurang mempercayai syahadah sebagai salah satu kaedah pembuktian di Mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep syahadah dan perbezaannya dengan kaedah pembuktian yang lain. Kajian ini turut menganalisa syarat kelayakan saksi dan bilangan saksi serta sejauh mana penggunaan syahadah dalam perbicaraan kes mal di Mahkamah Syariah. Bagi menyempurnakan kajian, pengkaji menggunakan metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati konsep syahadah berbeza dengan konsep kaedah pembuktian yang lain. Di samping itu, kajian mendapati bahawa syahadah telah digunakan secara meluas dalam perbicaraan kes-kes mal di Mahkamah Syariah seluruh negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-05-21
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Law and Governance is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Journal of Law and Governance. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abd Rahim, F. S. (2024). PENGGUNAAN SYAHADAH (KESAKSIAN) DALAM PERBICARAAN KES-KES MAL DI MAHKAMAH SYARIAH. Journal of Law and Governance, 4(1), 38-45. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JLG/article/view/1645