PENGGUNAAN SYAHADAH (KESAKSIAN) DALAM PERBICARAAN KES-KES MAL DI MAHKAMAH SYARIAH

Authors

  • Fathin Shahirah Abd Rahim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Keywords:

Syahadah, kesaksian, Mahkamah Syariah

Abstract

Syahadah (kesaksian) merupakan salah satu kaedah pembuktian tertinggi dalam hukum syarak mahupun undang-undang buatan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan timbul berkaitan kebolehterimaan syahadah di Mahkamah Syariah terutamanya status syahadah yang diberikan oleh orang bukan Islam, wanita dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat meragui dan kurang mempercayai syahadah sebagai salah satu kaedah pembuktian di Mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep syahadah dan perbezaannya dengan kaedah pembuktian yang lain. Kajian ini turut menganalisa syarat kelayakan saksi dan bilangan saksi serta sejauh mana penggunaan syahadah dalam perbicaraan kes mal di Mahkamah Syariah. Bagi menyempurnakan kajian, pengkaji menggunakan metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati konsep syahadah berbeza dengan konsep kaedah pembuktian yang lain. Di samping itu, kajian mendapati bahawa syahadah telah digunakan secara meluas dalam perbicaraan kes-kes mal di Mahkamah Syariah seluruh negara.

Downloads

Published

2024-05-21