PERSEPSI REMAJA TERHADAP KEPATUHAN AGAMA IBU BAPA: KAJIAN LOKALITI DI MALIM, MELAKA
Keywords:
Pelajar, Remaja, Kepatuhan AgamaAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui Tahap Kepatuhan Agama Ibu Bapa Remaja di sekitar Malim, Melaka. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk tinjauan dengan menjadikan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Bagi menjelaskan hasil kajian, item-item telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu Kepatuhan Ibu Bapa Dari Aspek Kepatuhan Kepada Suruhan Agama dan Kepatuhan Ibu Bapa Dari Aspek Tingkah Laku Berlawanan Kepada Suruhan Agama. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min keseluruhan bagi aspek kepatuhan ibu bapa kepada suruhan agama adalah 3.80, manakala kepatuhan ibu bapa dari aspek tingkah laku berlawanan kepada suruhan agama adalah 2.70.
Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-11-18
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Maw'izah is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Mawizah. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ibrahim, A. F., Norismail, U. N., Mujahid, N. R., & Abd Rahman, N. N. H. (2020). PERSEPSI REMAJA TERHADAP KEPATUHAN AGAMA IBU BAPA: KAJIAN LOKALITI DI MALIM, MELAKA. Jurnal Maw’izah, 3(1), 84-92. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JMAW/article/view/728