PERSEPSI REMAJA TERHADAP KEPATUHAN AGAMA IBU BAPA: KAJIAN LOKALITI DI MALIM, MELAKA
Keywords:
Pelajar, Remaja, Kepatuhan AgamaAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui Tahap Kepatuhan Agama Ibu Bapa Remaja di sekitar Malim, Melaka. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk tinjauan dengan menjadikan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Bagi menjelaskan hasil kajian, item-item telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu Kepatuhan Ibu Bapa Dari Aspek Kepatuhan Kepada Suruhan Agama dan Kepatuhan Ibu Bapa Dari Aspek Tingkah Laku Berlawanan Kepada Suruhan Agama. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min keseluruhan bagi aspek kepatuhan ibu bapa kepada suruhan agama adalah 3.80, manakala kepatuhan ibu bapa dari aspek tingkah laku berlawanan kepada suruhan agama adalah 2.70.
Downloads
Published
2020-11-18
Issue
Section
Articles